Hari-hari dengar cerita orang mati dalam berita.
Ada yang mati ngeri. Ada yang mati sakit. Ada yang mati kemalangan. Aku mohon perlindungan Allah sangat2, tanak mati kat jalanraya (Macam aku boleh pilih nak mati kat mana?)
Dalam hari-hari dengar berita kematian ni, sangat jarang-jarang ada kena-mengena dengan diriku. Selalu ku terfikir, macam mana keadaan keluarga mereka ya? Meratapkah mereka ahli keluarga mereka mati digilis di jalan raya? Berdendamkah mereka orang kesayangan mereka mati dibunuh? Padahal, sekiranya sesuatu terjadi di kalangan ahli keluargaku sendiri, pasti aku rawan. Tak keruan. Dan tak tahu lagi apa seterusnya. Itu baru orang lain.
Kalau aku sendiri dah sampai masa, bagaimana agaknya keadaan aku ketika itu? Sedang tidur? Sedang berseronok? Sedang bosan, tak tahu nak gunakan masa dengan perkara bermanfaat? Atau sedang berjuang, di jalan Allah hendaknya? Maka aku tinggalkan orang-orang di dunia ni dengan hutang-hutang aku, lambakan barang-barang aku, dan juga sampah-sampah aku yang lain. Entah masih adakah kebaikan yang akan aku tinggalkan pada mereka. Rukun Islam ke-5 masih belum terlaksana. Sebahagian dariapada agamaku masih belum lengkap kerana belum mendirikan masjid. Tiada anak soleh untuk mendoakan aku. Amal jariah pun tak tahula cukup ke tak nak bantu aku dalam kubur. Itu baru kubur. Belum titian sirat, padang mahsyar. Mungkinkah nanti aku akan merayu pada Tuhan agar dikembalikan ke dunia, untuk aku beribadat barang satu dua, untuk memberatkan timbangan aku agar dimudahkan hisab ke Syurga, bukannya dibaham api neraka yang terlalu ngeri dan kejam itu.
Ya, aku selalu terfikir tentang kematianku.
Kerana aku pasti akan mati.
Dan aku pasti aku belum bersedia.
No comments:
Post a Comment