Pages

July 21, 2010

Mengeluh..merungut..

Di saat aku mengeluh kelaparan, teringat anak-anak orang miskin yang belum tentu ada makanan hari ini

Di saat aku mengeluh kepenatan, teringat pada pekerja-pekerja buruh kasar yang bekerja di bawah terik panas matahari

Di saat aku berasa jauhnya tempat parking kereta dari tempat kerja, dah la balik kompem jalan jem, teringat orang lain yang terpaksa bersesak-sesak dalam komuter, lrt atau pun bas ketika pulang bekerja

Kalau ikutkan, ada saja benda yang nak dirungutkan..tapi bila teringat yang keadaan aku adalah lebih menyenangkan sebenarnya, kupanjatkan segala kesyukuran pada Ya Rabbi dan tak jadi merungut..

Paling penting sekarang, aku masih ada 5 itu:

1) Sihat tubuh badan..cukup semua anggota..tak ada penyakit kronik. Setiap kali rasa malas dan lemah itu datang, aku teringat pada insan-insan lain yang hidup dengan bantuan tong oksigen, kaki dan tangan palsu, tongkat untuk berjalan mahupun kecacatan fizikal yang tidak dapat dibaiki, dan aku akan rasa malu pada mereka jika aku merungut pada fizikalku yang sempurna ini..

2)Kaya yang tak kaya mana tapi duit masih ada..masih boleh beli barang-barang keperluan. Tak perlu sampai ikat perut dan guna barang-barang ekonomi yang belum tentu kualitinya terjamin..dan setiap kali rasa tidak puas hati itu datang, aku teringat pada insan-insan lain yang masih menggunakan barang-barang dan pakaian lama sedangkan aku mampu membeli yang baru maka terhentilah rungutanku..

3)Usiaku yang masih muda, bertenaga dan segar..kadang-kadang rasa jugak macam dah tak muda bila asyik kene panggil kakak je kan, tapi bila kudengar rintihan dari yang tua-tua, aku ni muda sangat sebenarnya dan banyak yang perlu kukejar dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebelum tua tiba dan mengurangkan kebolehanku..

4)Masa lapang yang masih ada..walaupun kadang-kadang rasa sangat sibuk sampai tak sempat buat perkara-perkara penting tapi tu semua tipu..semua orang ada 24 jam sehari. Dan waktu sempitku selalu datang tatkala aku leka dengan masa lapang yang tidak diuruskan dengan bijak..

5)Dan nafasku ini, membuktikan aku masih hidup, masih bernyawa untuk meneruskan tugasku sebagai hambaNya. Hari-hari kudengar berita kematian, banyak yang mati dengan cara yang ngeri; dibunuh, dilanggar, lemas dan sebagainya, dan sungguh aku takut. Tak mustahil suatu hari nanti giliran aku pula, cuma doaku biarlah aku mati dalam husnil khotimah, mati di jalan Allah, paling koman pun syahid kecil..mati ketika beranak ke kan tapi wallahua'lam..

Segala puji bagiMu Ya Allah, namun kutahu Engkau mahu hamba-hambaMu sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan..kerana tiada siapa yang dapat mengubah nasib kami melainkan kami sendiri...


"Apabila kamu telah selesai dari suatu urusan, maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain"

Surah Al-Insyirah, ayat 7

No comments: