Pages

April 20, 2009

Aku sangat marah dan emo dengan lelaki yang bertuankan nafsu serakah

Aku pun sama rasa terseksa bila baca berita ni. Walaupun gadis ni bukan sedara mara aku, mahupun kawan lama, mungkin kawan baru, tapi dia perempuan macam aku.

******************************

Gadis dirogol 15 mat rempit

(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)

KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.

"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan.

"Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.

Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.

Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu.

Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

*************************************

Gila ke ape 15 lelaki (kalau betul dakwaan minah tu ada 15 lelaki)? Punya la jahat mereka ni. Siap panggil geng2 lagi. Walaupun penah tgk adegan mcm ni dalam filem Budak Kelantan (stress jgk tgk citer tu), aku xleh bayangkan klu aku jadi budak pompuan tu.

*tak mustahil klu minah tu trauma seumur hidup

*Alat sulit dia komfem rabak, boleh dpt STD, n paling teruk klu mengandung. Pastu takkan tahu mana satu ayah budak tu daripada 15 penjahat wanita tu, unless buat DNA testing

*Mamat2 rempit tu semua mmg keji. Tapi mungkin ada peluang utk kurang sket hukuman kat akhirat sbb diorang tak bunuh minah tu, klu x, xde sape tahu sape dan brape ramai yang menodai dia

*mesti ramai ibu bapa bimbang terkenangkan anak gadis masing-masing yang diberi kebebasan

*pentingnya perempuan dapat pendidikan yang sebaiknya


dan aku sendiri.. sangat bersyukur Alhamdulillah sbb selama aku berseorangan, tak pernah terjadi hal yang mengerikan ini. Tolonglah berjaga2 wahai perempuan2 lain, dan lelaki2 lain, JANGAN JADI HAMBA NAFSU!!

5 comments:

Mohd Shahnom Ismail said...

Super duper kejam
Gurls out there, jangan ikut lelaki pi mana2 kecuali itu suami, bapa, atau saudara mara terdekat kamu

Extra pre-caution!!

imansyah'09 said...

wooo..this is horrible..nauzubillah..dunia skang ni da x selamat,mcm2 happen. Harap2 kite sume selamat dunia akhirat,aminn..thanks for the post cah!

AsyAnis said...

same same cah!

c3mut said...

I'm not siding with mana2 pihak...but,
"mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar"

[peringatan utk pompuan: jaga laa maruah tu, mmg opposite attract, tp last2 kwn baik dier tu juga yg sokong, tulung dier g balai polis, bukan lelaki yg tulung yek]

[utk laki: be gentleman aa, cuba sygkan sumer makhluk Allah kt bumi ni, takleh ke berlumba2 wat baik ngan member2 mat rempit tu, wat baik pn nmpk cool dr pandangan pompuan ape]

Rynn said...

isk.. ya Allah.. kejamnye la.. macam setan.. huhu.. takut nye nk blk msia.. moga Allah pelihara kita semua dari kes-kes seumpama ni.. huhu.. amiin~