Pages

September 10, 2008

Berjemaah.. tapi mana saf?

Seperti biasa Ramadhan, saya akan ikut papa berjemaah di Masjid Raja, Bukit Besar untuk solat terawih. Belum masuk Ramadhan lagi, tapi mcm x sabar untuk berjemaah di sana. Maklumlah jarang dapat peluang untuk berjemaah dalam keadaan sekarang. Nanti dah balik UK, peluang tu lagi ditipiskan dengan sesetengah halangan, maka ketika itu sembahyang di bilik adalah lebih baik untuk seseorang perempuan..

Jemaah di Surrey, Musim Bunga 2007

Bila dah mula berjemaah kat sana, barulah saya teringat pengalaman berjemaah semasa tahun-tahun lepas di masjid yang sama. Soal merapatkan saf masih ditakuk lama. Sampai kadang-kadang rasa nak terawih kat rumah je, tapi rugi pula kalau tak dapat pahala berjemaah.

The thing is, kebanyakan muslimat akan bawa sejadah sendiri. Sejadah tu pulak, ada saiz kecik, yang kiut sgt pon ada. Yang masalahnya, apabila sejadah tu besar gaban. Maka biasanya hanya seorang muslimah saja yang dapat sembahyang di ‘wilayah’ dia tu. Komfem la tak bersentuh bahu, boleh la tahan besarnya gap dengan jemaah di sebelah-sebelahnya.. Kalau dulu mase kat surau sekolah, boleh la jugak ditarik membe2 satu sekolah supaya rapat-rapat, supaya saf tu sempurna. Ni di masjid, susah juga sbb kebanyakannya makcik-makcik, dan perempuan dewasa. Taknak la ada salah faham pulak sebelum sembahyang.

Kecewa juga, apabila imam jarang sekali mengingatkan makmum supaya membetulkan saf. Jadi, mereka ni pon buatla saf sesuka hati, padahal bila dah tak bersambung saf tu, macam dah takde makna sembahyang berjemaah, lebih kurang sembahyang seorang diri je. Yang lagi tensyen, apabila dah mula sembahyang, then ada ruang kosong. Susah betul nak berganjak supaya diisi ruang kosong tu, melainkan diselamatkan dengan orang yang baru datang untuk mengisi saf. Worst come to worst, muslimat pun akan meneruskan jugak sembahyang dengan ruang kosong macam tu… sedih sebab mereka ni nak jugak sembahyang di sejadah sendiri.

Tak tahu lah macam mana nak diselesaikan kebimbangan ini. Lurusnya saf tu melambangkan lurusnya perpaduan umat Islam. Kalaulah saya boleh jadi pengawas kat masjid tu, mahu jugak tarik aje sape2 yang degil tu supaya rapat dengan orang sebelah. And nak haramkan bawa sejadah ke masjid. Jadi semua orang tak perlu tanda sempadan masing-masing, yang penting saf tu rapat dan sempurna. Karpet dah ada, cukuplah.

Ingatkan saya seorang saja dalam dilema macam ni, rupa-rupanya kat masjid-masjid lain pun sama.. lagi la sedih. Baru dapat tahu bila baca blog Ummusaif semalam, isteri Ustaz Hasrizal. Hebat dibincangkan di sini.

*Syukur sangat solat berjemaah amat ditekankan dan dijaga masa kat SMSD dulu. Kalau bukan kerana tinggal di asrama, susahnya nak selalu berjemaah dalam usia remaja mcm tu. Semua orang tahu cara yang betul untuk mulakan saf dan menjaga saf ketika sembahyang berjemaah telah dimulakan. Alhamdulillah. Unforgettable moment, bila Faiz Fahmi jadi imam, mengalunkan bacaan dengan penuh syahdu. Kalau kat KMB, I respect so much dengan Hanafi, lagi2 bila time baca doa, sampai menangis-nangis. Sangat menginsafkan. Walaupun jemaah ramai, namun ego tu dah ditolak jauh2.

-kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna-

6 comments:

Anonymous said...

huhuhu. aku pun rase camtu time solat terawikh kat surau taman aku dulu.yg pegi solat sume tua2.

aku gi gerak rapatkan saf, tapi orang sebelah aku lak tak gerak. haiih. pastu biar rompong je camtu.
camne la nak tego, takut lak dikatenye kite ni kuang hajo.huahuahua. rase cam baik solat kat rumah je...

Anonymous said...

tp klu solat kat uk, makcik2 pakistan tu mmg menjauhkan diri~
ble kite dtg nk rapatkan saf, lagi die lari jauh2 haha.. mazhab die cakap lain kot~ wallahua'lam

Anonymous said...

aku paham2... ader makcik ni, aku g aa dekat2 diri kt dier, nk betulkan saf... lepas tu dier lak jauhkan diri dr aku... tak aa aku tak mandi lg, lepas terawikh biasanyer br aku mandi... aku selekeh skit... berbau kot, aku pn tak sure... tak yah aa nk tunjuk sombong takmo dekat ngan aku.... lepas solat kang, duk aa jauh2 dr aku.... haish~~~
lg satu, ader insan ni, in the middle time solat, dier blah, ader hal kot.... then, org kt tepi2 dier tak tulkan pn saf... apekah?... time solat mmg patutnyer takleh pk bende lain, tp bende ni termaxuk dlm hal2 solat gak~

AsyAnis said...

sedih kan..ntah, kadang2 x dpt nk blame gak makcik2 ni. mungkin dorg x sebertuah kita, muda2 lagi tp ilmu agama senang nk dapat. sometimes, ade org tanak rapat sbb nnt panas. alah, panas sket kt dunia, mudah2an Tuhan bagi ganjaran sabar tu kat akhirat. tahan la sket..

kirin, makcik2 pakistan mmg camtu ke? haihh..lagi demotivate aku nk pegi terawih kat masjid ble dah balik ni..takpela aku usha dulu kt tempat aku yer! hehe..

Anonymous said...

tp kan, sbb rapatkan saf supaya syaitan tak dpt main2 di antara ruangan kosong kan????? tp bln pose ni mane ade setan???? hahaha..

kuehpau said...

aiseh..ko wat topik nie,rase rindu plak time skolah..saf sehabis boleh nk rapat..pastue kt tikar tue siap letak tanda nk bg lurus..n then lps abis skola suma tue aku dh tak nmpk kat mane2..yg penting kita dh ade ilmu ni, amalkn je laa..

pd hal dlm sains dh prove yg sentuhan bahu antara jemaah time solat tue akan meneutralkn ion2 dlm bdn kita stlh kita membuat aktiviti harian yg mana akan memberi kesegaran kt tubuh kita.. huhu,aku ckp je tp tak buat jgk..

"sesungguhnya apabila anda tidak mempunyai kuasa dan suara utk menegur, maka tegurlah dgn hati krn itu adalah selemah-lemah iman"