Pages

November 24, 2010

Saya hairan dengan pompuan yang..

1. Makin tebal mekap dia, makin lawa la muka dia.
- Yeker? Ramai je yang tak mekap dan masih mempamerkan kecantikan semulajadi. Plus, mekap tebal2 pon nanti bila nak solat kene bersihkan juga. Mekap natural sudahla, tak perlu blusher merah sangat. Yang mekap macam2 kaler tu semua untuk photoshoot majalah dan iklan tv je. Tahula sekarang banyak produk yang boleh transform muka jadi much better than muka asli. For special purpose ok la, tak perlu nak touchup hari-hari kan?
2. Makin cerah muka dia, makin lawa la muka dia.
- tak faham nape ramai pompuan nak kulit cerah? Kalau kulit muka dah asal-asal warna coklat atau kuning atau sawo matang, perlu ke kulit jadi putih melepak macam orang putih? Padahal ramai orang putih yang berhabis ribu-riban untuk sunbath, tanning, dan macam2 lagi utk tanak nampak putih. Macam mana dgn orang kulit gelap yang memang takkan jadi cerah, pakai la clorox sekalipun. Sungguh tidak adil untuk mengatakan cerah itu cantik kan! Yang penting kulit muka yang sihat, dihiasi dengan senyuman.Tak perlulah sampai warna muka lain dengan warna tangan kan?

2 comments: