Pages

September 19, 2010

Senyuman 10 Syawal

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

Hari ini saya bangun pagi dengan semangat yang baru. Belum bangun dari katil, tapi macam-macam kata semangat yang berlegar-legar dalam kepala saya pagi tadi. Kata-kata yang memberitahu saya untuk meneruskan hari dengan lebih kuat, lebih semangat dan lebih positif. Sungguh saya merasa saya sangat diuji ketika ini, tapi pagi tadi ada suara yang memberitahu, sebenarnya banyak lagi ujian yang lagi berat yang mendatang, cuma belum masanya. Jadi, kalau ujian yang saya sedang hadapi ini pun saya rasa sangat lelah, macam mana pula dengan ujian-ujian yang akan datang yer? Nak tanak, saya kena kuat, saya kena bangkit dari kelemahan lalu. Dan saya mesti berani hadapi semua ini dengan kudrat yang ada.

Alhamdulillah, hari ini dapat saya mulakan dengan rasa gembira dan penuh kesyukuran pada Ilahi. Terasa sangat kasih sayangNya melimpah ruah pada saya. Dan sungguh saya rasa kematian itu sesuatu yang indah. Kerana saya ingin sekali berada di syurga, bukannya dunia yang penuh penipuan penipuan penipuan ini. Dan saya ingin sekali bertemu dengan Ya Rabb, Dia yang saya sembah selama ini. Oh sungguh saya merasa cemburu dengan mereka yang syahid di jalan Allah, dan saya minta perkara yang sama juga dengan Dia.


*This morning I came across an advice from a friend of mine, inspiring me for the day:

Beat the standard,
Not meet the standard.


Selamat hidup dengan lebih positif semua! xx

1 comment:

Anonymous said...

Be strong...