Pages

May 29, 2010

Kereta, seseorang, dan al-ma’thurat..

Subuh ini aku masih teringatkan Sx4, model comel SUV Suzuki yang telah menawan hatiku semenjak pertama kali aku melihatnya. Cinta pandang pertama.. namun belum lagi kukenali secara terperinci sebab belum test drive. Tapi aku ni kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu, semua benda aku sanggup redah asalkan dapat. Macam mana kalau Sx4 tu sebenarnya tak menepati citarasaku? Alah, ianya sekadar sebuah kereta CIPTAAN MANUSIA, maka pusing ikut mana pun mesti ada caranya untuk memenuhi hasrat kita sebagai manusia. Kita yang manufacture, mestilah kita tahu camne nak handle kan?

Kemudian aku terfikir, kalau aku jatuh cinta dengan seseorang, tak semudah itu untuk aku menawan hatinya, apalagi memiliki orangnya. Hmm.. Manusia itu CIPTAAN ALLAH kan, maka kalau kita nak seseorang, mintalah pada penciptanya..tapi camne? Selain berusaha, BERDOAlah banyak2..mintak dengan Dia, sebab dialah manufacturer kita semua.. Dia je yang berhak dan tahu camne nak handle kita semua ni.. (in fact, kereta tu pon idea Dia..)

Dan semua ini terjawab sebaik sahaja aku menyedari maksud petikan Al-Ma’thurat yang kubaca selepas subuh itu..

“Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kesedaran bahawa KERAJAAN (BUMI DAN SEGALA ISINYA) INI SELURUHNYA ADALAH MILIK ALLAH. Dan segala puji bagi Allah , tiada sekutu bagiNya, tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.”

(Ashbahna waashbahal mulku lillah hi walhamdulillahi la sharikalah. La ilahailla huwa wa ilaihin nushuur)


Shodakallahul ‘adzim (benarlah kata-kata Allah itu)..

No comments: