Pages

April 26, 2009

Ada apa dengan 20A?

Perlu ke adik Nor Madihah tu diangkat dan dijulang kerana dia berjaya mendapat 20A dalam SPM? Sama jugak macam yang lain2, Nor Amalina and the rests yang dapat banyak sangat A sampai kene pakai jari kaki nak kira.

Macam mana dengan orang2 lain yang dapat A kira pakai 1 tangan pun dah cukup, tak pun ada beberapa A je, atau yang takde A langsung? Tak cemerlangkah mereka? Tak mencapai matlamat SPM kah mereka?

Secara peribadi, saya berpendapat trend berlumba2 kumpul A banyak2 di Malaysia sebagai makin membimbangkan. Sebab orang dapat banyak A dipandang mulia, dapat biasiswa dan dijamin hidup senang. Orang yang dapat sikit A, atau tak dapat A langsung, dipandang serong atau tak dipandang langsung, siapa nak taja kalau nak lanjutkan pelajaran dan, ada masa depan yang cerahkah??

Bahaya..bahaya.

Kejayaan di bangku sekolah bukan diukur pada keputusan peperiksaan mereka. Mana2 orang yang dahulunya hanya dapat keputusan sekadar memuaskan, atau dikategorikan tidak cemerlang, pasti bersetuju dengan saya. Kerana, selepas sekolah, mereka telah hidup di bumi yang nyata, dan dunia sebenarnya tidak sesempit itu. Tuhan itu Maha Adil, dan tak pernah dalam Al-Quran kata yang hamba2Nya mesti berlumba2 menjadi genius. Yang pasti, banyak diulang2, "Apakah kamu tidak berfikir? - Afala ya'kiluun".

Tak tahulah kalau sebenarnya ada kan, saya dulu pun, bukan banyak sangat A dapat. Pakai jari 2 belah tangan pun dah cukup nak kira. Tapi saya percaya, kawan2 seangkatan saya dulu yang dapat A kurang daripada saya, dah bawa hala tuju masing2 dalam kehidupan mereka, apa yang terbaik untuk mereka, bukan semata-mata untuk memenuhi pandangan guru2, sekolah dan masyarakat. Tapi, memanfaatkan anugerah yang telah Tuhan kurniakan untuk mereka, dan mencari rezeki dengan apa yang mereka ada pada diri mereka.

No offense la kan, untuk orang2 yang dapat A berlambak2 tu. Tapi kalau nak bandingkan korang dengan orang yang tak dapat A langsung, itu bukanlah ukuran yang sebenar. Saya berharap, dengan pelajar2 yang dapat banyak A dijulang2, tak akan melahirkan ramai lagi pelajar2 lain yang ingin menjadi lebih hebat dalam pertandingan A terbanyak ini, kerana jumlah jari tangan dan kaki kita, hanyalah 20.


*orang yang tak cukup jumlah jari 20, nak kira pakai apa yerk? tapi kadang2 mereka ni lebih mulia daripada manusia berjari 20 tapi hati dan perangai kalahkan syaitan - diusir dari syurga kerana menjulang diri mereka macam bagus sebab diciptakan daripada api, bukannya tanah macam Adam.

6 comments:

_N.Othman said...

"orang yang tak cukup jumlah jari 20, nak kira pakai apa yerk?"

pakai sempoa? haha..

sbg bakal cikgu, aku katakan; sape yg tak tau lg hala tuju hidup, tak tau dah besar nk jd ape, sila blaja rajin2.... hehe... itu jek

kirin said...

imo, tak salah nk praise org yg berjaya, walaupon mmg ade pros n cons nya.
kalau nk disenaraikan pros mmg byk e.g. dpt kasi motivasi n contoh teladan yang baik kat junior2. dpt biasiswa etc utk sambung pelajaran dgn conducive n focus lebih sikit. bende2 incentive ni bley kasi sedar sket kat junior2 tu supaya blaja betul2 sbb dunia ni perlukan duit (klu kejar dunia la). lagi pon ilmu tu tak salah timba byk2.
klu student yg excellent yg amek subjek berpuluh2 lantas mendapat sme A yg melebihi jari tgn n kaki patut la disanjung sbb mengikut jejak ulama dan cendiakawan dulu2. Kalau la mesia impose pendidikan islam, quran etc kat sme muslim lagi la perfect.

TAPI rezeki qada' n qadar manusia dah ditetapkan... mungkin org yg cemerlang gemilang dan sepatutnya terbilang tidak bernasib baik. so nk buat camna? redho je lah.
hanya diri sendiri bisa mengubah n melakar masa depan diri sdr.

~fight for your future or que sera sera~

MSI said...

Salam wbt

Bagus entry kali ini
Out of BOX

Setuju, bahaya jika budaya berlumba A ini menjadi satu normaliti didalam masyarakat

Jumlah A merupakan parameter kejayaan akademik yang mudah untuk dilihat

Banyak A atau tidak, bukan 100% penentu kejayaan seseorang.

Matlamat utama perlulah betul

Belajar kerana duit? Kerana pekerjaan? Kerana status? Kerana keluarga? Kerana terpaksa? Kerana Allah? dan pelbagai..


Ada pelajar yang kurang bersosial dengan masyarakat, rendah akhlak dengan ibu bapa dan guru, lantaran terlalu fokus dengan 'A'

aleya said...

oh oh..suke entry ni, komen rum8 + kirin juge..nice lah! ;)

aku rase bagus amik banyak subjek, lg banyak basic pelbagai bidang dpt dipelajari, jd lebih holistic lah pemikiran seseorang itu.

tapi, tapi..trend berlumba2 nak dpt banyak A for the sake of the A's itself..utk dabik dada, utk dpt sanjungan, utk kaya n berjawatan besar lalu boleh hidup senang sambil tak peduli manusia2 lain yg hidup merempat di sana sini..oh itu mmg budaya yg tak sihat.

jd calon2 spm, cikgu2, ibu bapa..tepuk dada tanye hati- A yg anda target2 kan itu utk ape?

p.s utk kite semua, yg separuh nyawa berjuang menuju final..berusahalah! :D

imansyah'09 said...

aku rasa x salah dapat A byk2 kot tapi jgn torture diri sendiri..huhu..amik setakat yg mampu la..kalu amik byk2 subjek then dpt A sume untuk dipuji dan disanjung x guna jugak..sebab belajar x iklas n lambat laun nnt x kemana pun..kena niat belajar tu kerana Allah dan nk menimba ilmu Allah dgn sebanyak2 nya:D

AsyAnis said...

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/27079-is-scholarship-frustration-over-missed-opportunities-or-privileges

rasenye berite ni cam ade kaitan, sbb ramai sgt yg dpt A banyak, tp x dpt scholar..akibat perlumbaan mendapat A yg banyak - mungkin.

padahal, ni seme ketentuan Tuhan jgk - slps mrk berusaha dpt result bagus. klu ade rezeki dan ketentuan yg dorg akan pegi oversea, boleh la.. klu x, dpt la belas2 A pon, tp klu lebih baek blaja kt msia, duk je la msia kot. msia ok ape education. cume environment kureng sket..