Aku pun sama rasa terseksa bila baca berita ni. Walaupun gadis ni bukan sedara mara aku, mahupun kawan lama, mungkin kawan baru, tapi dia perempuan macam aku.
******************************
Gadis dirogol 15 mat rempit
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)KUANTAN 18 April - Seorang gadis berumur 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 15 mat rempit dalam satu kejadian di kawasan ladang kelapa sawit Felda Chini, Pekan pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang tidak bersekolah itu mengikut ajakan salah seorang suspek untuk bersiar-siar.
Beliau berkata, pada mulanya mangsa menemui dua suspek dikenalinya yang datang dengan dua buah motosikal pada pukul 9.15 malam.
"Mangsa kemudian membonceng salah sebuah motosikal dan dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Yahaya lagi, sebaik tiba di kawasan ladang itu kira-kira pukul 9.30 malam, muncul pula 13 lagi mat rempit daripada kumpulan berkenaan.
"Mangsa kemudian diraba, kaki dan tangannya dipegang lalu dirogol bergilir-gilir di tempat kejadian sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kemaluannya," katanya.
Beliau berkata, selepas dirogol, mangsa telah dihantar pulang ke rumah seorang rakannya.
Katanya, mangsa bersama rakannya itu kemudian telah pergi ke Hospital Pekan untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
Katanya, berikutan laporan oleh mangsa, polis telah menahan 15 remaja lelaki berumur 17 hingga 19 tahun pada Rabu lalu.
Yahaya berkata, mereka telah direman tujuh hari sehingga 21 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
*************************************
Gila ke ape 15 lelaki (kalau betul dakwaan minah tu ada 15 lelaki)? Punya la jahat mereka ni. Siap panggil geng2 lagi. Walaupun penah tgk adegan mcm ni dalam filem Budak Kelantan (stress jgk tgk citer tu), aku xleh bayangkan klu aku jadi budak pompuan tu.
*tak mustahil klu minah tu trauma seumur hidup
*Alat sulit dia komfem rabak, boleh dpt STD, n paling teruk klu mengandung. Pastu takkan tahu mana satu ayah budak tu daripada 15 penjahat wanita tu, unless buat DNA testing
*Mamat2 rempit tu semua mmg keji. Tapi mungkin ada peluang utk kurang sket hukuman kat akhirat sbb diorang tak bunuh minah tu, klu x, xde sape tahu sape dan brape ramai yang menodai dia
*mesti ramai ibu bapa bimbang terkenangkan anak gadis masing-masing yang diberi kebebasan
*pentingnya perempuan dapat pendidikan yang sebaiknya
dan aku sendiri.. sangat bersyukur Alhamdulillah sbb selama aku berseorangan, tak pernah terjadi hal yang mengerikan ini. Tolonglah berjaga2 wahai perempuan2 lain, dan lelaki2 lain, JANGAN JADI HAMBA NAFSU!!