DARI HATI TURUN KE KEYBOARD
Life can only be understood backwards, but it must be lived forwards ― Søren Kierkegaard
April 5, 2011
Siapa MELAYU?
"Melayu" ertinya seseorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu dan-
(a) lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut
Itu jer.
December 13, 2010
Stupid blackhead
Dalam banyak2 jenis jerawat yang saya benci, blackhead is the one that I hate most. Because? It is so stubborn it won’t leave your face with scrubbing or pinching. Even if I try to dry the skin area with spot gel or acne cream, it will stay. Sometime steaming it with hot vapour will work, but still hard that I have to pinch it harder and of course, it will cause scar, and it’s hideous.
In pharmacy, saya tak jumpa banyak product for blackhead. Mostly spot gel for zits and jerawat peringkat awal. Sehinggalah saya terperasan yang Clinelle ada gel untuk blackhead. Then I bought it to give it a try.
Keputusannya? I would recommend this to anyone coz I’m satisfied! After few nights of applying it, normally the blackhead is softened. So it turned out to be easier to remove the blackhead, without much effort – well of course by squeezing, but at least it won’t disrupt most of your skin texture. And you might require longer time in applying the gel to get rid the most stubborn one, one week maybe.
Still I hope to find a better way to treat this kepala hitam, nevertheless to prevent it from happening is the best. Kerana memicit jerawat bukanlah suatu aktiviti yang menarik.
December 8, 2010
A bit about Qatar
This guy is a Malaysian, but currently he is working at Qatar. Kerja minyaklah, dari Petronas dia beralih angin ke Qatar for a better life. This time dia balik Malaysia, nak angkut family balik Qatar.
Menurutnya, dia dapat gaji 3x yg petronas bagi. Then kat Qatar tu, ramai sangat foreigners, especially Indians. It’s like, you’d be wondering whether you’re in Qatar or Mumbai? Haha..cynical. Other nationalities are like Indonesians, Philipinos, and Malaysians.
Foreigners ni buat apa ramai2 kat sana? Buat kerja-kerja yang pak arab ni semua tak buat la, contohnya cashiers, cleaners, jaga kedai makan etc. Yelah, orang arab ni seme dah kaya-kaya, so kerja-kerja camtu kasik kat foreigners la, sampai la mereka mula menyedari yang ramai sgt foreigners kat tanah air mereka ni.
Hmm..terbantut jap idea gua nak kerja kat sana konon2. Kalau duk kat sana rasa macam kat India, mcm nk kirim salam je la. Yela, gua pernah duk kt UK, tapi tempat gua tu buat gua rase mcm duk kat Pakistan.
Apsal rasa nak kerja kat sana? Lately I’ve been watching CNN a lot, and a lot of Qatar ad came out, as for Qatar Foundation, and latest, the World Cup thing. Qatar just won the bid to host the 2022 World Cup, and the Qatarians were very happy and excited when FIFA announced it. Looks like good opportunities to get a career over there. It’s an Islamic country, and I’m eager to have an exposure to Arabians, since all this while I’ve been dealing a lot with Europeans.
Nampaknya, plan tinggal plan ajelah. Plus, I think I still can’t deal with this homesickness, being away from where I belong to.
And a bit about Qatar Airways, the airlines that I took to go to Switzerland and come back home. It's my first time naik Qatar Airways, all this while I've been so loyal to Malaysia Airlines. Pesawat airbus, kecik sket than MAS yang travel to London. The seat comfortable, ada in-flight entertainment that gave me the chance to watch movies that I missed, direction Mekah sepanjang perjalanan jugak ada, nice food, friendly stewardess dan doa naik kenderaan dibacakan before pesawat berlepas! Hmm..good enough.
The part yang kurang menarik sikit, is the transit at Doha terminal. Nothing much, it's just that u need to get on the bus from the plane to get into the terminal. The terminal kecik aje, ada la jual chocs, perfumes, foods and praying area. Normal transit gap around 2 hours, u don't linger around a lot coz after a while in terminal, u are ready to check in for the connecting flight. Then naik bas again to get to the plane. And off you fly~
November 24, 2010
Saya hairan dengan pompuan yang..
- Yeker? Ramai je yang tak mekap dan masih mempamerkan kecantikan semulajadi. Plus, mekap tebal2 pon nanti bila nak solat kene bersihkan juga. Mekap natural sudahla, tak perlu blusher merah sangat. Yang mekap macam2 kaler tu semua untuk photoshoot majalah dan iklan tv je. Tahula sekarang banyak produk yang boleh transform muka jadi much better than muka asli. For special purpose ok la, tak perlu nak touchup hari-hari kan?
2. Makin cerah muka dia, makin lawa la muka dia.
- tak faham nape ramai pompuan nak kulit cerah? Kalau kulit muka dah asal-asal warna coklat atau kuning atau sawo matang, perlu ke kulit jadi putih melepak macam orang putih? Padahal ramai orang putih yang berhabis ribu-riban untuk sunbath, tanning, dan macam2 lagi utk tanak nampak putih. Macam mana dgn orang kulit gelap yang memang takkan jadi cerah, pakai la clorox sekalipun. Sungguh tidak adil untuk mengatakan cerah itu cantik kan! Yang penting kulit muka yang sihat, dihiasi dengan senyuman.Tak perlulah sampai warna muka lain dengan warna tangan kan?
October 10, 2010
Apa yang dicari dalam hidup ini?
senangkah aku?
Kalaulah aku memiliki kecantikan wajah yang paling mempesona,
gembirakah aku?
Kalaulah aku mendapat kekasih hati yang aku idam-idamkan,
bahagiakah aku dengan dia?
Kalaulah aku dapat memenuhi semua tanggungjawabku,
berjayakah aku?
Kalaulah semua rancanganku terlaksana,
selesaikah tugasku?
Kalaulah aku dapat semua yang aku hajati,
puaskah aku?
Inikah bahagia?"
September 20, 2010
Kita Ini Tetamu Senja
TETAMU SENJA
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
____________________________________
Teringat saya kisah dari Rasul kita, baginda mengatakan kita ini tak ubah seperti musafir:
"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.”
Salam dan sejahtera ke atasmu Ya Habiballah...
September 19, 2010
Senyuman 10 Syawal
Hari ini saya bangun pagi dengan semangat yang baru. Belum bangun dari katil, tapi macam-macam kata semangat yang berlegar-legar dalam kepala saya pagi tadi. Kata-kata yang memberitahu saya untuk meneruskan hari dengan lebih kuat, lebih semangat dan lebih positif. Sungguh saya merasa saya sangat diuji ketika ini, tapi pagi tadi ada suara yang memberitahu, sebenarnya banyak lagi ujian yang lagi berat yang mendatang, cuma belum masanya. Jadi, kalau ujian yang saya sedang hadapi ini pun saya rasa sangat lelah, macam mana pula dengan ujian-ujian yang akan datang yer? Nak tanak, saya kena kuat, saya kena bangkit dari kelemahan lalu. Dan saya mesti berani hadapi semua ini dengan kudrat yang ada.
Alhamdulillah, hari ini dapat saya mulakan dengan rasa gembira dan penuh kesyukuran pada Ilahi. Terasa sangat kasih sayangNya melimpah ruah pada saya. Dan sungguh saya rasa kematian itu sesuatu yang indah. Kerana saya ingin sekali berada di syurga, bukannya dunia yang penuh penipuan penipuan penipuan ini. Dan saya ingin sekali bertemu dengan Ya Rabb, Dia yang saya sembah selama ini. Oh sungguh saya merasa cemburu dengan mereka yang syahid di jalan Allah, dan saya minta perkara yang sama juga dengan Dia.
*This morning I came across an advice from a friend of mine, inspiring me for the day:
Beat the standard,
Not meet the standard.
Selamat hidup dengan lebih positif semua! xx